Makluman: PDRM Komited Memastikan Ketenteraman Awam Berhubung Isu Perhimpunan dan Kes Pengibaran Jalur Gemilang Terbalik

TULAR:
70

Menurut kenyataan media Polis Diraja Malaysia (PDRM):

PDRM memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu, PDRM mengambil maklum berhubung perhimpunan yang akan diadakan di Bertam, Kepala Batas pada 14 Ogos 2025.

Demi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara serta mengelakkan sebarang bentuk pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan, PDRM menasihati agar semua pihak terlibat membatalkan perhimpunan yang dimaksudkan.

PDRM telah menjalankan siasatan berkaitan isu pengibaran jalur gemilang secara terbalik yang tular di media sosial. Sebanyak 38 laporan telah diterima di seluruh negara melibatkan 17 di Pulau Pinang dan 21 di negeri-negeri lain.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM

Instagram Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI