Makluman: Penerbangan Altitud Rendah Pesawat TUDM dan Mobilisasi Aset Maritim Di Daerah Sandakan, Sabah Pada 29 September 2025

TULAR:
49

Menurut kenyataan media Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM):

TUDM akan melaksanakan Search and Rescue Exercise Air Region 2 Tahun 2025 (SAREX AR 2-25) di sekitar kawasan Op PASIR di daerah Sandakan, Sabah bermula pada 29 September sehingga 3 Oktober 2025.

Tujuan latihan yang diadakan ini adalah untuk menguji tahap keupayaan Military Rescue Sub Centre East (Mil-RSC East) di Markas Wilayah Udara 2 dalam melaksanakan koordinasi carilamat bersepadu antara tentera dan agensi awam di Pantai Timur Sabah. Selain itu, latihan ini juga bertujuan mengekalkan kompetensi dan kemahiran pegawai serta anggota dari aspek merancang. mengkoordinasi dan melaksanakan misi carilamat.

Untuk makluman orang ramai, sepanjang tempoh latihan ini dilaksanakan, pesawat-pesawat TUDM akan melakukan penerbangan taktikal pada altitud rendah dan pergerakan aset-aset maritim milik agensi penguatkuasa yang terlibat di kawasan-kawasan latihan yang telah digazetkan.

Sehubungan itu, pihak TUDM menyeru dan menasihatkan orang ramai agar tidak berasa panik dan cemas sekiranya melihat pesawat-pesawat berkenaan terbang pada altitud rendah atau melihat kehadiran aset-aset pertahanan di kawasan sekitar sepanjang tempoh latihan ini dilaksanakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi TUDM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI