
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET):
Dimaklumkan bahawa MET Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 04 November 2025 (Selasa) di :
1) Persatuan Nelayan LKIM, Kampung Tepi Sungai, Kuala Muda, Kedah
Jam : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
2) Fish Research Institute, Kampung Pulau Sayak, Pulau Sayak, Kedah
Jam : 11.30 pagi – 01.30 petang
Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.
SUMBER:
Facebook Rasmi MET






