Makluman: Pengukuhan Kawalan Sekuriti di Pelabuhan Bintulu, Sarawak

TULAR:
93

Menurut kenyataan Jabatan Laut Malaysia (JLM):

Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan dibawah Seksyen 249D(1) dan Seksyen 249D(2)(d), Akta Perkapalan Saudagar (Kod Antarabangsa bagi Keselamatan Kapal dan Kemudahan Pelabuhan) 2007 [Akta 1316], dibaca bersama Peraturan 6(1), Peraturan-Peraturan Perkapalan Saudagar (Kod Antarabangsa bagi Keselamatan Kapal dan Kemudahan Pelabuhan) 2007, Ketua Pengarah, Jabatan Laut Malaysia (JLM) selaku Designated Authority (DA) dengan ini mengisytiharkan Tahap Sekuriti 1 (Tahap Langkah Keselamatan 2 (Security Level 1 (Security Measures Level 2)) bagi Terminal Liquefied Natural Gas (LNG), Pelabuhan Bintulu, Sarawak berkuat kuasa serta-merta.

Sehubungan itu, semua kawasan dan kemudahan pelabuhan di Bintulu, Sarawak diarahkan untuk meningkatkan langkah-langkah kawalan sekuriti (security measures) dengan serta-merta.

Arahan ini dikeluarkan susulan kenyataan media oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 8 September 2025 yang memaklumkan terdapat ancaman keselamatan terhadap kemudahan LNG di kawasan berkenaan.

Langkah pengukuhan kawalan sekuriti ini adalah selaras dengan keperluan dalam Maritime Transport Security Plan (MTSP) dan Marine Facility Security Plan (MFSP) masing-masing.

SUMBER:

Facebook Rasmi JLM

X Rasmi JLM

Instagram Rasmi JLM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI