Maklumat Lebih 220,000 Penderma Organ Bocor?

TULAR:
777

PENJELASAN:

Ketua Polis Negara memperjelaskan dakwaan bahawa data lebih 220,000 penderma yang mendaftar dengan hospital kerajaan dan pusat pemindahan organ telah bocor dipercayai dicuri, sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, pihaknya akan memanggil pengendali sebuah laman web bagi membantu siasatan kebocoran data peribadi lebih 220,000 penderma organ di negara ini.

Siasatan yang dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) itu mendapati laman web sama turut mendedahkan kebocoran data 56 juta pelanggan telefon mudah alih pada tahun 2017.

“Yang hairannya isu sama (pembocoran data peribadi) yang berlaku sebelum ini adalah daripada laman Lowyat.net juga. Kita sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini. Polis telah bekerjasama  dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi kes terdahulu. ”

SUMBER :

Bernama

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI