PENJELASAN:
Malaysia Airlines memperjelaskan laporan bahawa syarikat berkenaan mengeluarkan proses tender bagi 20 hingga 30 pesawat bersaiz besar sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Malaysia Airlines, laporan agensi berita asing mengenai pengeluaran proses tender bagi 20 hingga 30 pesawat bersaiz besar yang dilihat seolah-olah menggantikan perjanjian dengan Boeing dan adalah spekulatif dan tidak benar.
Syarikat penerbangan itu berkata, ketika ini tiada proses tender seperti yang didakwa dan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Boeing, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal.