Waspada Pemasangan Bahan-Bahan Kempen Di Peralatan Hak Milik TNB Dalam Tempoh PRU14

TULAR:
628

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasang bahan-bahan kempen di tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik lain sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Sumber gambar: antarapos.com

Menurut kenyataan Tenaga Nasional Berhad (TNB):

Demi keselamatan anda semua, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin menasihatkan supaya tidak memasang bahan-bahan kempen seperti bendera parti di tiang, kabel, peti pembekal, pencawang dan pepasangan elektrik lain sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-14 ini. Elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik dan menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

SUMBER:

Facebook TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI