Malaysia Airlines Keluar Tender 20 Hingga 30 Pesawat Bersaiz Besar?

TULAR:
472

PENJELASAN:

Malaysia Airlines memperjelaskan laporan bahawa syarikat berkenaan mengeluarkan proses tender bagi 20 hingga 30 pesawat bersaiz besar sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Malaysia Airlines, laporan agensi berita asing mengenai pengelua­ran proses tender bagi 20 hingga 30 pesawat bersaiz besar yang dilihat seolah-olah menggantikan perjanjian dengan Bo­eing dan adalah spekulatif dan tidak benar.

Syarikat penerbangan itu berkata, ketika ini tiada proses tender seperti yang didakwa dan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan Bo­eing, seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih kekal.

SUMBER: 

Utusan Online

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI