PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa ramai yang mati kesejukan dan kelaparan di atas bukit di Kuala Krai, Kelantan serta terdapat mayat bergelimpangan akibat banjir.
SEBENARNYA :
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya mendapati mesej tersebut adalah palsu dan berbaur fitnah yang disebarkan melalui laman aplikasi WhatsApp.
Pihaknya juga telah menahan sepasang suami isteri berjawatan guru kerana disyaki menyebarkan maklumat palsu berkaitan banjir.