PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa dua daripada tiga mangsa buli sebuah kolej vokasional di Kuala Nerus, Terengganu telah dipaksa melakukan seks oral oleh pelajar senior.
SEBENARNYA :
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menafikan kononnya dua daripada tiga mangsa buli sebuah kolej vokasional di Kuala Nerus telah dipaksa melakukan seks oral oleh pelajar senior.
Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussain berkata hasil siasatan mendapati perkara itu tidak berlaku sama sekali dan ianya telah dinafikan oleh tiga mangsa buli terbabit.
SUMBER :