Tiada Kemudahan Dialisis Di Pulau Langkawi ?

TULAR:
2308

PENJELASAN :

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Norhizan bin Ismail memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan gagal menyediakan kemudahan dialisis di Pulau Langkawi sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber gambar : Facebook

Menurut beliau, kemudahan dialisis di Pulau Langkawi boleh didapati di Hospital Langkawi dan di sebuah pusat dialisis swasta. Jumlah mesin yang ada di Hospital Langkawi ialah 26 mesin. Pada masa sekarang, seramai 103 pengidap End Stage Renal Failure (ESRF) atau kegagalan buah pinggang mendapat rawatan di Hospital Langkawi. Sementara itu pusat dialisis swasta di Pulau Langkawi mempunyai 6 mesin dan bilangan pesakit yang mendpt rawatan hanya 2 orang sahaja. .

 

SUMBER :

Facebook Pengarah Kesihatan Kedah

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI