PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Malaysia Airlines (MAS) bakal menutup operasi pada 28 Mei 2014.
SEBENARNYA :
Malaysia Airlines (MAS) menafikan bahawa syarikat penerbangan itu akan menutup operasinya pada 28 Mei.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Jauhari Yahya berkata, dakwaan tersebut yang dibuat dalam beberapa artikel mengambil sumber tidak rasmi dan telah menimbulkan keresahan di kalangan penumpangnya.
Katanya, penumpang tidak perlu berasa bimbang kerana syarikat itu menjalankan perniagaan seperti biasa.
SUMBER :