Polis mengesahkan penemuan mayat lelaki berusia 25 tahun dalam kereta Myvi di tapak letak kereta kawasan Rehat dan Rawat Hulu Bernam, arah utara di Kuala Kubu Baru, bukan mangsa wabak COVID-19.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, bedah siasat mayat dilakukan di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) jam 2.30 petang mendapati mangsa mati secara mengejut.
Katanya, laporan perubatan dari HKKB mengesahkan bahawa mangsa tidak dijangkiti COVID-19.