PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Menteri Besar Perak, Dr Zambry Kadir telah mengisytiharkan Sultan Perak yang baharu. Nama individu yang dilantik itu kononya adalah Badaruddin Alang Diwakis dan disebut sebagai Sultan Perak Ke-36.
Sumber gambar : Facebook
SEBENARNYA:
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan ada pihak membuat surat palsu menggunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar, memuatkan kenyataannya mengisytihar seorang individu sebagai Sultan Perak Ke-36. Datuk Seri Zambry berkata, surat palsu yang diterimanya memaklumkan beliau mengisytiharkan Sultan Badaruddin Alang Diwakis sebagai Sultan Perak Ke-36.
“Saya tak tahu ini kerja golongan mana atau siapa. Siapa Sultan Badaruddin Alang Diwakis ini pun saya tak tahu siapa dan yang paling mengecewakan dia guna serta palsukan kepala surat Pejabat Menteri Besar dan kononnya saya membuat pengisytiharan itu. “Ini satu lagi kes pemalsuan dan saya sudah arahkan pejabat saya membuat laporan polis bagi mencari siapa individu berkenan atau pihak yang mengeluarkan kenyataan ini,”
SUMBER