Polis Tahan Reman Pemandu Go-Kart ?

TULAR:
162

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa polis menahan reman pemandu go-kart yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dua beranak terkorban ketika Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Jalan Kompleks SUKPA, Indera Mahkota.

Sumber gambar : Berita Harian

SEBENARNYA :

Polis menafikan menahan reman pemandu go-kart yang terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dua beranak terkorban ketika Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (EIMARACE 2016) di Jalan Kompleks SUKPA, Indera Mahkota.

Ketua polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata polis hanya merakamkan percakapan tiga pemandu go-kart pada hari kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

SUMBER :
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI