PALSU:
Tersebar surat kononnya dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membina dan menyiapkan 25 struktur Menara Telekomunikasi di kawasan Perlimen Semporna, Sabah.
SEBENARNYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan ada mengeluarkan surat kelulusan bagi projek membina dan menyiapkan 25 struktur Menara Telekomunikasi dan kerja-kerja berkaitan di Semporna, Sabah.
MCMC menegaskan bahawa, penyebaran surat yang menggunakan nama Pengarah Wilayah Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu adalah palsu dan tidak ada kena-mengena dengan surat berkenaan.
Pada masa yang sama, orang ramai diminta berwaspada terhadap penipuan menggunakan surat rasmi MCMC dan tanda tangan pegawainya bagi menawarkan projek kepada mana-mana pihak.
SUMBER:
Facebook Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia