Terdapat Kesilapan Ejaan Pada Tajuk Amaran Ribut Petir Yang Dikeluarkan Pada 10 Ogos 2019?

TULAR:
1211
Sumber gambar : MET

PALSU:

Tular di media sosial kononnya terdapat kesilapan ejaan pada tajuk Amaran Ribut Petir yang dikeluarkan pada jam 3.30 pagi, 10 Ogos 2019.

Sumber gambar: Facebook MetMalaysia

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia):

Jabatan Meteorologi Malaysia menafikan terdapat kesilapan ejaan pada tajuk Amaran Ribut Petir yang dikeluarkan pada jam 3.30 pagi, 10 Ogos 2019 seperti dalam rajah di sebelah kiri yang tular di media sosial baru-baru ini.

Amaran sebenar adalah seperti pada rajah di sebelah kanan. Terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja membuat penyuntingan pada amaran sebenar untuk menjejaskan imej jabatan. Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat daripada sumber yang sahih serta tidak mudah mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI