PALSU :
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakam serta memantau semua panggilan telefon dan perbualan media sosial rakyat Malaysia.
Versi Terkini. Tular: Julai 2017
Versi Terdahulu. Tular: April 2017
Versi Terdahulu. Tular: April 2017
SEBENARNYA :
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim, menegaskan bahawa mesej palsu yang sedang dikitar semula di media sosial tiada kaitan dan bukan dikeluarkan oleh KDN.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah mengeluarkan peraturan komunikasi baharu termasuk merakam semua panggilan telefon atau memantau media sosial orang ramai di negara ini.
Selain itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan mengeluarkan peraturan baharu kononnya semua panggilan telefon dan medium media sosial, dirakam serta dipantau kementerian itu.
Timbalan Menteri KKMM, Datuk Jailani Johari berkata, peraturan yang tersebar di media sosial itu adalah palsu. “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan berhubung perkara terbabit,” katanya.