JPJ Selangor Kehabisan Pelekat LKM, Cukai Kenderaan Tidak Boleh Diperbaharui?

TULAR:
829

PENJELASAN :

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor memperjelaskan dakwaan bahawa orang ramai tidak boleh melakukan urusan pembaharuan lesen kenderaan kerana pihak JPJ tersebut telah kehabisan stok pelekat Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Sumber gambar: Carsome.

Menurut Pengarahnya Nazli Md Taib, walaupun terdapat sedikit masalah kekurangan pelekat LKM baru-baru ini, ia hanyalah bersifat sementara disebabkan masalah percetakan dan orang ramai masih boleh membuat urusan pembaharuan cukai jalan seperti biasa.

“Apabila terdapat sedikit masalah di pihak percetakan, maka akan timbul kesukaran untuk memenuhi stok pelekat LKM sekaligus mengakibatkan gangguan sementara.”


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI