MDEC Tidak Menawarkan Sebarang Baucar Tunai Kepada Syarikat Yang Berdaftar Di Bawah SSM

TULAR:
1049

SEBENARNYA:

Menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC):

MDEC nafi mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan tawaran baucar yang boleh ditebus untuk tunai kepada syarikat yang berdaftar di bawah SSM.

MDEC menyedari terdapat banyak percubaan termasuk maklumat terbaharu ini, yang telah menggunakan namanya di media sosial dan WhatsApp untuk menipu orang ramai. MDEC ingin menegaskan bahawa maklumat atau hantaran berkenaan adalah palsu dan telah memberi persepsi negatif kepada program sokongan pendigitalan perniagaan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk para peniaga.

SUMBER:

Laman Rasmi MDEC

Facebook Rasmi MDEC

Twitter Rasmi MDEC

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI