Dakwaan Seorang Pelajar Perempuan Di Baling, Kedah Meninggal Dunia Akibat Suntikan Vaksin Adalah Tidak Benar

TULAR:
1970

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah:

JKN Kedah ingin merujuk kepada berita yang tular di media sosial, berkaitan seorang pelajar perempuan di daerah Baling yang meninggal, dikaitkan dengan suntikan vaksin COVID-19. JKN Kedah telah membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan mendapati ianya adalah tidak benar.

Hasil siasatan mendapati, arwah merupakan seorang remaja lepasan SPM, yang bukan lagi pelajar sekolah. Beliau telah menerima satu (1) dos suntikan vaksin COVID-19 pada 5 September 2021 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Abdul Razak, Baling. Beliau ada mengadu sakit perut pada 19 September 2021 dan telah diberi rawatan di Hospital Baling. Namun begitu, 20 hari selepas divaksin iaitu pada 25 September 2021, beliau dibawa ke Hospital Baling kerana tidak sedarkan diri. Tahap kesihatan beliau cepat merudum dan kemudiannya disahkan meninggal dunia.

Setelah itu, jenazah telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati arwah meninggal dunia disebabkan ruptured thoracic aneurysm dan tiada kaitan dengan suntikan vaksin COVID-19. Laporan penuh bedah siasat sedang disediakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JKN Kedah

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI