PALSU:
Tular di media sosial kononnya Menteri Pertahanan Malaysia akan mengadakan perbincangan mengenai lambang TUDM yang didakwa menyamai logo sebuah parti politik.
SEBENARNYA:
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menafikan penyebaran paparan skrin berhubung isu lambang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa menyamai logo sebuah parti politik.
Mohamad melalui akaun Twitternya hari ini menegaskan penyebaran maklumat itu palsu.
“Palsu. Tidak benar sama sekali.”
Pada gambar tersebut, terdapat kenyataan yang ditulis pada 15 Ogos 2018 yang menggunakan nama akaun seperti miliknya.
SUMBER: