Tarikh Peperiksaan Akhir Tahun Diubah ?

TULAR:
639

PENJELASAN:

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperjelaskan perubahan tarikh peperiksaan akhir tahun sehari selepas perayaan Deepavali sepertimana yang tular di media sosial.

sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan akhbar KPM:

Merujuk kepada aduan yang tular di laman sosial bahawa terdapat peperiksaan akhir tahun dijalankan di sekolah dari negeri Kedah sehari selepas perayaan Hari Deepavali iaitu pada 7 November 2018.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan semua sekolah agar mengikut Garis Panduan yang ditetapkan oleh KPM dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

Maka tarikh peperiksaan tersebut telah dibatalkan dan diubah ke satu tarikh yang baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Kementerian memandang serius perkara ini dan menyarankan pihak sekolah agar merujuk kepada JPN berkenaan tarikh-tarikh penting. Pihak sekolah juga harus sentiasa peka dengan tarikh sambutan perayaan di negara ini.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI