Kerajaan Sabah Beri Mykad Kepada PATI?

TULAR:
393

PENJELASAN:

Kerajaan negeri Sabah memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan negeri memberikan  MyKad kepada golongan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sumber gambar: Facebook

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan MyKad kepada PATI di negeri itu adalah tohmahan, semata-mata, kerana pemberian MyKad hanya diberikan kepada individu yang layak.

“Cumanya kita cuba bantu apabila ada suami tempatan yang berkahwin dengan orang asing dan ada anak tetapi selepas itu ditinggalkan suami sehingga menyebabkan anak-anak ini menghadapi masalah dokumentasi. Untuk atasi masalah ini kita serah kepada undang-undang dan dalam hal ini kita ada Jabatan Pendaftaran Negara.”

Beliau menambah, pihaknya hanya memohon kepada JPN untuk membantu rakyat Malaysia yang hilang MyKad misalnya dalam kebakaran, ataupun kes-kes seperti masalah anak yang ibu bapanya warga tempatan tetapi tidak mempunyai sijil nikah.

SUMBER :

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI