Penculikan 2 Remaja Di Johor Berkait Dengan Perebutan Dadah?

TULAR:
575

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa kes penculikan dua remaja di Skudai dan Kluang, Johor baru-baru ini bermotifkan perebutan dadah di antara suspek dan mangsa.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, siasatan kes penculikan dua remaja lelaki di Skudai dan Paloh, Kluang baru-baru ini mendapati ia tidak bersangkut-paut dengan perebutan dadah atau bermotifkan dendam.

Ujar beliau, motif penculikan tersebut hanyalah untuk mendapatkan wang tebusan.

“Tidak ada kaitan dengan dadah mahupun dendam kerana menerusi siasatan awal, memang mereka (suspek) merancang untuk mendapatkan wang tebusan.”

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI