Menteri Pertahanan Akan Berbincang Mengenai Lambang TUDM Yang Menyamai Logo Parti Politik?

TULAR:
1733

PALSU:

Tular di media sosial kononnya Menteri Pertahanan Malaysia akan mengadakan perbincangan mengenai lambang TUDM yang didakwa menyamai logo sebuah parti politik.

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menafikan penyebaran paparan skrin berhubung isu lambang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didakwa menyamai logo sebuah parti politik.

Mohamad melalui akaun Twitternya hari ini menegaskan penyebaran maklumat itu palsu.

“Palsu. Tidak benar sama sekali.”

Pada gambar tersebut, terdapat kenyataan yang ditulis pada 15 Ogos 2018 yang menggunakan nama akaun seperti miliknya.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI