Menteri Pertahanan Lancarkan Kutipan Derma ‘Tabung Kereta Baru Mat Sabu’?

TULAR:
834

PALSU:

Tular di media sosial mesej dakwaan kononnya Menteri Pertahanan, YB Mohamad Sabu melancarkan kutipan derma ‘Tabung Kereta Baru Mat Sabu’.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA:

Menteri Pertahanan, YB Mohamad Sabu menafikan bahawa beliau melancarkan kutipan derma RM1 bagi menggantikan kenderaan miliknya.

Katanya, ada pihak yang tidak bertanggungjawab itu melancarkan ‘Tabung Kereta Baru Mat Sabu’ dengan cadangan setiap orang menderma RM1 ke dalam akaun peribadi miliknya.

Menurutnya, sebarang kutipan derma yang menggunakan nama beliau haruslah mempunyai persetujuan dan kebenaran daripadanya.

“Pada masa sama, tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunakan nama saya tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran daripada saya.”

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri Pertahanan

Astro Awani

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI