Program Kebajikan Tentera Tidak Akan Diteruskan Berikutan Perubahan Kerajaan Persekutuan?

TULAR:
997

PENJELASAN :

Tentera Darat Malaysia (TDM) memperjelaskan dakwaan bahawa program kebajikan yang telah dirancang untuk anggota tentera di seluruh negara tidak akan diteruskan ekoran perubahan kerajaan Persekutuan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Perubahan Kerajaan Persekutuan tidak akan mengubah program kebajikan yang sudah dirancang untuk anggota tentera di seluruh negara.

Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, banyak program kebajikan membabitkan pendidikan, perubatan dan perumahan sudah dirancang dengan teliti dan tiada sebab ia dihentikan.

“Perkara ini diberi jaminan oleh Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu) dan kita akan meneruskannya demi kebajikan anggota kita,” katanya.

SUMBER : 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI