Harga Daging Mencecah RM 36 Sekilogram Di Kedah?

TULAR:
550

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa  harga daging di Kedah mencecah RM36 sekilogram sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Timbalan Pengarah KPDNKK Kedah, Chin Ching Chung berkata, berhubung dakwaan bahawa harga daging di Kedah mencecah RM36 sekilogram, pihaknya belum menerima apa-apa laporan berhubung kes itu dan meminta mereka yang mempunyai maklumat melaporkannya kepada KPNDKK.

Ini kerana katanya berdasarkan pemantauan, lebih 90 peratus premis menjual daging pada harga RM33 hingga RM34 sekilogram, iaitu harga ‘standard’ sejak beberapa tahun lalu.

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI