Harga Barang Tidak Akan Turun Walaupun Selepas GST Berkadar Sifar?

TULAR:
1445
Sumber gambar: dollarandsense.sg.

PENJELASAN :

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperjelaskan dakwaan bahawa harga barang tidak akan turun walaupun setelah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditetapkan pada kadar sifar peratus, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Menurut Ketua Pengarah JKDM, semua peniaga yang berdaftar GST perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.

Peniaga-peniaga dikehendaki manyalurkan penjimatan daripada kadar standard 6% kepada kadar sifar (0%) kepada pengguna dalam bentuk harga yang lebih rendah.

Peniaga-peniaga diseru untuk tidak mengeksploitasi hasrat kerajaan untuk menurunkan harga dan seterusnya memberi manfaat kepada pengguna.

Kerajaan juga tidak melaksanakan SST (Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan) bermula pada 1 Jun 2018 dan tarikh sebenar pelaksanaan SST akan diumumkan kemudian. Oleh yang demikian, semua peniaga hendaklah melaksanakan penurunan harga barang dan perkhidmatan berikutan barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada kadar 6% akan disifarkan mulai 1 Jun 2018.

SUMBER :

Laman Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI