Menteri Pertanian Keluarkan Kenyataan Statistik Mengenai Ikan Kembung?

TULAR:
2240

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dan statistik mengenai ikan kembung.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Jabatan Perikanan Malaysia dalam satu kenyataan menyangkal dakwaan kononnya Menteri pernah mengeluarkan data statistik seperti yang dilaporkan.

“Kenyataan ini adalah palsu dan bukan dari YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani”, menurut jabatan itu.

SUMBER :

Facebook Jabatan Perikanan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI