Dokumen Sulit Hak Milik Tanah Terjejas Akibat Kebakaran Di Bangunan Pejabat Tanah Daerah Tangkak?

TULAR:
518

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kejadian kebakaran membabitkan tiga bahagian di Bangunan Pejabat Tanah Daerah Tangkak, Muar telah menjejaskan dokumen sulit hak milik tanah yang disimpan sepertimana yang hangat diperkatakan.


SEBENARNYA:

Menurut Pengarah Tanah dan Galian Johor, Mohd Halim Hasbullah, kejadian kebakaran membabitkan tiga bahagian di Bangunan Pejabat Tanah Daerah Tangkak, Muar  tidak menjejaskan sebarang dokumen sulit hak milik tanah yang disimpan.

Kesemua dokumen terbabit berada dalam lindungan bilik kebal dengan selamat.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 7.45 pagi. Walaupun begitu, bilik kebal yang menempatkan sebanyak 52,757 dokumen hak milik Pejabat Tanah Daerah Tangkak masih berada dalam keadaan selamat. Selain itu, kebakaran ini juga tidak melibatkan sebarang kemalangan dan kehilangan jiwa.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI