SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang:
Berita palsu telah disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dengan menyatakan bahawa ;
“…Bagi Penduduk di Butterworth dan Bukit Mertajam yang ingin mendapatkan suntikan Vaksin Sinovac yang berharga RM225.00 (2 Dos) boleh menghubungi…”
Mesej yang ditularkan dalam aplikasi WhatsApp ini adalah tidak benar.
Dimohon untuk tidak menyebarkan berita palsu seperti ini. Pihak yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana menyebarkan berita yang tidak benar di media sosial.
SUMBER:
Facebook Rasmi JKN Pulau Pinang