PALSU:
Tular di media sosial sebuah mesej bertajuk “‘Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar” yang kononnya dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
SEBENARNYA:
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai mesej palsu yang bertajuk ‘Pemantauan Secara Digital Kepada Semua Pengguna Telefon Pintar’. Mesej tersebut tidak dikeluarkan oleh MCMC.
Oleh itu, jika anda menerima mesej seperti yang dilampirkan, jangan sebarkan. Orang ramai yang menerima mesej palsu tersebut digalakkan untuk membuat laporan kepada Aduan MCMC seperti berikut:
Aduan Hotline : 1800 – 188 – 030
Faks : 03 – 8688 1880
SMS : SKMM ADUAN [Complaint Details] SMS to 15888
Whatsapp: 016 – 2206 262
Emel: [email protected]
Laman Sesawang Aduan: https://aduan.skmm.gov.my/