Kerajaan Kelantan Halang Wanita Mengacara Majlis?

TULAR:
306

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memperjelaskan laporan bahawa pengacara perempuan dikatakan tidak dibenarkan meneruskan tugasnya kerana didakwa atas sebab larangan sebuah majlis perbandaran sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, kerajaan Kelantan tidak menghalang mana-mana wanita untuk menjadi pengacara majlis di negeri tersebut.

Bagaimanapun mereka perlu patuh kepada beberapa peraturan ditetapkan, yang mana majlis tersebut bukanlah program bersifat hiburan dan nyanyian. Difahamkan penganjur tersebut mungkin tersilap faham undang-undang dan peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Bukan Majlis Perbandaran Kota-Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang larang. Sebab kuat kuasa itu lebih kepada nyanyian dan persembahan hiburan. Tapi kalau pengacara biasa, tiada masalah. Saya difahamkan oleh MPKB bahawa wujud silap faham. Pihak penganjur ingatkan dalam semua bentuk pun wanita ini tidak boleh bercakap. Jadi dia yang melarang juruacara itu, bukan MPKB. Dia (penganjur) sendiri sebab dia salah tafsir peraturan MPKB.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI