Larangan Sekatan Perjalanan Keluar Terhadap Peminjam PTPTN Bersifat Menindas?

TULAR:
313

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap memperjelaskan dakwaaan bahawa hukuman dalam bentuk sekatan perjalanan keluar yang dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersifat menindas sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap,tanggapan sesetengah pihak bahawa hukuman dalam bentuk sekatan perjalanan keluar yang dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bersifat menindas adalah tidak benar.

Beliau berkata, “Senarai hitam menerusi kerjasama dengan Jabatan Imigresen adalah pendekatan mendidik bagi memastikan peminjam PTPTN tidak lebih terbeban di kemudian hari.

“Ini adalah langkah akhir terhadap peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik melebihi enam bulan.”

SUMBER: 

Laman Facebook Rasmi PTPTN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI