![mahkamah](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2018/04/Screen-Shot-2018-04-04-at-11.18.38-PM-e1523502616173.png?resize=400%2C292&ssl=1)
PENJELASAN:
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan Korea Utara mendesak untuk mencampuri urusan perundangan negara dalam kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong-nam sepertimana yang hangat diperkatakan.
![](https://i0.wp.com/sebenarnya.my/wp-content/uploads/2018/04/n-korea.png?resize=400%2C339&ssl=1)
Menurut Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Korea Utara, Kim Jong-nam.
Ini, katanya, bagi membolehkan prosiding kes berkenaan berjalan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada. Kerajaan tidak menerima sebarang bentuk desakan dari kerajaan Korea Utara untuk turut campur dalam proses perundangan negara berkaitan kes itu.