SEBENARNYA:
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD):
Ini adalah maklumat palsu. Mohon supaya tidak menyebarkan atau berkongsi maklumat tersebut.
Hasil semakan dan penelitian pihak MCMC mendapati bahawa kandungan yang tular tersebut adalah mesej yang dikitar semula sejak tahun 2017. Mesej tersebut juga diolah dan mempunyai versi berbeza seperti di bawah:
Versi Terkini. Tular: Mei 2020
Versi Terdahulu. Tular: Mac 2017
Pihak MMD telah menafikan kandungan tular tersebut pada Mac 2017.
Menurut siaran media MMD, Fenomena Ekuinoks merupakan fenomena astronomi yang berlaku dua kali setahun iaitu pada 20 Mac dan 23 September apabila matahari melintasi khatulistiwa. Dalam tempoh tersebut kedudukan matahari adalah tegak di atas kepala di rantau khatulistiwa.
Memandangkan negara terletak berhampiran khatulistiwa, terdapat sedikit kenaikan suhu harian dalam tempoh tersebut sekiranya tiada liputan awan. Walau bagaimanapun, kenaikan suhu dijangka tidak menyebabkan gelombang haba seperti mana yang disebarkan.