PALSU:
Tular kembali di media sosial sebuah mesej yang dikitar semula, kononnya terdapat logo halal Jakim di tin minuman keras.
Versi Terkini. Tular: Januari 2019
Versi Terdahulu. Tular: Januari 2014
SEBENARNYA:
JAKIM dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil/ logo halal kepada produk/ syarikat tersebut bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ianya bukan minuman keras.
Sebarang penyalahgunaan logo halal adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan- Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011. Sebarang penyalahgunaan logo halal Malaysia oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah undang-undang tersebut.
SUMBER :
Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim