Waspada Dalam Menjelaskan Saman Kesalahan Trafik

TULAR:
2797
Sumber gambar : PDRM

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan untuk menjelaskan saman kesalahan trafik melalui saluran yang betul tanpa melalui ejen.

Gambar hiasan. Sumber: Facebook

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), ia adalah untuk memastikan saman tersebut sudah dijelaskan dan dipadamkan daripada sistem kesalahan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jangan tertipu dengan sindiket yang bertindak sebagai ejen yang menawarkan diskaun saman. Saman telah dibayar, resit pun diterima tetapi masih wujud dalam sistem. Elakkan diri anda daripada terpedaya dengan ‘promosi’ diskaun saman trafik ditawarkan individu atau sindiket tertentu.

PDRM ada sistem bayaran saman yang dikawal selia dengan rapi. Sila hadir di mana-mana ibu pejabat polis/kaunter trafik untuk jelaskan saman anda dan dapatkan resit rasmi daripada PDRM.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI