Minuman Keras Mengandungi Logo Halal?

TULAR:
2961
Gambar hiasan : Sumber : JAKIM

PALSU:

Tular kembali di media sosial sebuah mesej yang dikitar semula, kononnya terdapat logo halal Jakim di tin minuman keras.

Versi Terkini. Tular: Januari 2019

Sumber Gambar : Facebook

Versi Terdahulu. Tular: Januari 2014

Sumber Gambar : Facebook

SEBENARNYA:

JAKIM dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil/ logo halal kepada produk/ syarikat tersebut bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ianya bukan minuman keras.

Sebarang penyalahgunaan logo halal adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan- Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011. Sebarang penyalahgunaan logo halal Malaysia oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah undang-undang tersebut.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI