PENJELASAN :
Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperjelaskan dakwaan bahawa MKN bakal memberi ganti rugi kepada mangsa banjir sepertimana tular di media sosial.
Menurut Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, MKN tidak memberikan sebarang ganti rugi sebaliknya akan memberikan wang ihsan untuk meringankan beban ditanggung mangsa banjir yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal.
Beliau berkata, sebelum ini, MKN telah mengarahkan pusat pemindahan mendaftarkan nama mangsa banjir bagi tujuan merekodkan jumlah serta memudahkan sebarang urusan kelak.