JPJ Mensasarkan 15 Saman Untuk Setiap Anggota Semasa OPS Raya Cina?

TULAR:
767

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa JPJ akan bergerak aktif ketika Hari Raya Cina. Menurut mesej yang menjadi tular itu, anggota JPJ akan menyamar dan mensasarkan 15 saman akan dikeluarkan oleh setiap anggotanya.

Sumber gambar: Facebook


SEBENARNYA :

JPJ menafikan mesej yang menjadi tular itu dan ianya tidak pernah dikeluarkan oleh badan berkenaan.

JPJ juga menjelaskan, pengurusan tertinggi jabatan tersebut tidak pernah menetapkan sasaran bagi kepada setiap anggotanya untuk mengeluarkan KPI (Key Performance Index) untuk jumlah saman yang dikeluarkan seperti yang didakwa di dalam pesanan itu.

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI