PENJELASAN:
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan memperjelaskan laporan berhubung cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri.
Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Ketapi, cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri hanyalah pandangan peribadi timbalannya.
“Perkara ini tidak pernah dibincangkan. Ini adalah pendapat peribadinya. Ini (cadangan) bukan dari kementerian. Dan ini bukan dasar kerajaan atau sesuatu yang diluluskan oleh Kabinet.”
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perubahan pada kalendar cuti persekolahan tahun hadapan dan ibu bapa serta guru diminta supaya jangan panik.
Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata pihaknya belum menerima kertas cadangan atau kertas kerja daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berhubung cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat membabitkan negeri-negeri mulai tahun depan.
SUMBER: