Mesej Derma ‘Tabung Bencana Gempa Bumi NADMA’ Yang Dikeluarkan Oleh Pihak NADMA Boleh Disalurkan Kepada Akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Dan Dikecualikan Cukai?

TULAR:
1223

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan satu mesej mengenai Tabung Bencana Gempa Bumi NADMA yang kononnya daripada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Menurut mesej tersebut, derma boleh disalurkan melalui deposit langsung atau pemindahan bank ke akaun Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dengan nombor akaun 221191183544, dan penderma layak mendapat pengecualian cukai.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi NADMA:

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak pernah menghantar sebarang pesanan SMS atau WhatsApp seperti di bawah berkaitan Tabung Bencana Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang sedang tersebar luas sekarang.

Pada 3 Oktober 2018, selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri, Tabung Gempa Bumi dan Tsunami Sulawesi yang telah dilancarkan pada hari yang sama dengan menggunapakai akaun Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN). Tabung yang bersifat one-off ini diselaraskan NADMA dan penyumbang perlu mengemukakan bukti pindahan wang kepada akaun NADMA untuk proses verifikasi dan pengeluaran resit bukti penerimaan.

Sumber gambar: Facebook

SUMBER:

Facebook Rasmi NADMA


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI