MOTAC Syor Cuti Sekolah Berperingkat Antara Negeri

TULAR:
279

PENJELASAN:

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan memperjelaskan laporan berhubung cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Ketapi, cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri hanyalah pandangan peribadi timbalannya.

“Perkara ini tidak pernah dibincangkan. Ini adalah pendapat peribadinya. Ini (cadangan) bukan dari kementerian. Dan ini bukan dasar kerajaan atau sesuatu yang diluluskan oleh Kabinet.”

Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang perubahan pada kalendar cuti persekolahan tahun hadapan dan ibu bapa serta guru diminta supaya jangan panik.

Timbalan Menterinya Teo Nie Ching berkata pihaknya belum menerima kertas cadangan atau kertas kerja daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan berhubung cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat membabitkan negeri-negeri mulai tahun depan.

SUMBER:

Mstar

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI