PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kenderaan motosikal boleh menggunakan laluan kecemasan, sepertimana yang tular di media sosial.
SEBENARNYA :
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, lorong kecemasan hanya untuk kegunaan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.
Sehubungan itu katanya, larangan tersebut turut dikenakan kepada penunggang motosikal.“Mana-mana kenderaan termasuk motosikal tidak dibenarkan menggunakan lorong kecemasan,” katanya.
Menurut Wan Ahmad Uzir, pengguna jalan raya yang didapati menggunakan lorong kecemasan boleh didakwa di mahkamah di bawah Akta JPJ 1987 dan boleh dihukum denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
SUMBER :
Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan