PALSU :
Tersebar luas di media sosial dakwaan kononnya tiada usaha oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dalam menangkap anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras.
SEBENARNYA :
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menafikan tiada usaha yang dijalankan oleh pihaknya dalam menangkap anjing liar yang berkeliaran di kawasan perumahan Bandar Mahkota Cheras.
Yang Dipertuanya, Mohd. Sayuthi Bakar berkata, tangkapan tersebut pernah dibuat pihaknya sejak beberapa lalu lalu malah akan diteruskan bagi memastikan persekitaran kawasan awam selamat serta bebas dari sebarang bentuk ancaman.
Katanya, operasi menangkap haiwan liar itu juga bukan sahaja dibuat di kawasan berkenaan tetapi turut dibuat di seluruh kawasan di bawah pentadbiran MPKj.
SUMBER :
Utusan Online