Malaysia Dilanda Suhu Sejuk Luar Biasa?

TULAR:
549

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak pada awal tahun 2016.

Sumber gambar: vitdaily.com

SEBENARNYA :

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan berita kononnya suhu sejuk mencecah 20 darjah celsius akan melanda negara, terutamanya di Kelantan dan Perak sepanjang bulan Februari.

Menurut kenyataan media MetMalaysia, berdasarkan pada suhu minimum dialami negara sepanjang bulan Januari, keadaan suhu sepanjang bulan Februari 2016 dijangka tidak akan turun ke 20 darjah Celsius.

Menurut jabatan itu, suhu Malaysia yang beriklim tropika secara amnya adalah antara 22 darjah Celsius sebelah subuh dan 35 darjah Celsius pada lewat petang.


SUMBER :

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia

Utusan Online

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI