PENJELASAN :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memperjelaskan dakwaan bahawa operasi rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin kerajaan tidak mengsubsidikan operasi rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), tetapi hanya menanggung kos pembinaan premis. Menurutnya, kerajaan membelanjakan RM106.37 juta bagi pembangunan KR1M yang melibatkan 185 premis, termasuk 21 di Sabah dan 33 di Sarawak.
Tambahnya, “Program KR1M ini dikendalikan oleh hanya sebuah syarikat iaitu syarikat MRT Retail Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada Mydin Mohamed Holdings Berhad. Tambahnya lagi, “Syarikat MRT Retail Sdn Bhd bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kos operasi pengendalian KR1M di seluruh negara dan kerajaan tidak pernah memberi sebarang subsidi kepada pihak mereka.”